30 Disember 2008

Majlis Akad Nikah berjalan lancar...


















Syukur Alhamdulillah.... majlis akad nikah berjalan lancar.. cuak muke aku sampai banyak gambar after akad nikah susah nak carik yang senyum.. entah lah ase cuak sangat.. terkujat pun ada dengan hanya beberapa saat aku dah jadi isteri orang.. banyak tanggungjawab nye tu babe... fuhh... tapi yang paling gempak ialah malam tu lebih kurang jam 3.00 pagi... yang menyaksikan cuma aku, mak, amira.. dan cik yah! Allhamdulillah sekali lagi doorgift itu belum diedarkan dan yang paling penting Allah gerakkan 1 hati untuk memeriksanye... 700 biji dibuang mcm tu je.. what to do... kebenaran akan terbuka jua akhirnya... semoga hati kami dimuliakan dari segala rasa yang tak baik...























17 Disember 2008

meeting letak tugas..


today 17... parent aku akan meeting ngan org kg... ape mende nak dibuat... antaranya...

1. Aturcara Majlis
1.1 Majlis Akad Nikah
Tarikh : 27 Disember 2008 (Sabtu)
Tempat : Rumah
Masa : Lepas solat Isyak
Naib Kadi : Tuan Haji Mokhtar

Jamuan Makan
Persembahan Nasyid dari Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor mengiring majlis jamuan makan.

1.2 Majlis Marhaban – Kumpulan Marhaban Wanita KTT
Tarikh : 28 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 8.00 – 10.00 pagi

1.3 Majlis Kenduri
Tarikh : 28 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi – 4.00 petang

· Ketibaan Pengantin Lelaki dari tempak bertanggak (Rumah Tuan Haji Basri) diiringi paluan kompang oleh Kumpulan Kompang Taman Seri Tambun.
· Penyambut tetamu menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki.
· Rombongan berarak masuk ke perkarangan rumah pengantin disambut oleh pengantin perempuan.
· Persembahan Pencak Silat oleh Persatuan Silat S.M.K Bercham Ipoh.
· Pengantin dan rombongan diiringi masuk ke rumah (10-20 minit).
· Bergerak ke Tapak Khemah untuk Majlis Makan Pengantin.

1.4 Majlis Suaikenal Pengantin
Tarikh : 28 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi – 4.00 petang

2.Persiapan
2.1 Lokasi
· Rumah pengantin : 1 khemah
· Jalan Hala Tasek Timur 12 : 9 khemah
· Tanah Lot (sebelah rumah Hj. Zul) : 5 khemah
· Tanah Lot (sebelah rumah En.Fadil) : khemah caterer

2.2 Jemputan
· Kad Jemputan : 900 keping
· Tempahan Makanan : 2000 orang

2.3 Katering
· Awi catering
· Buffet

2.4 Andaman / Pelamin
· De’Aida Bridal

2.5 Kompang
· Kumpulan Kompang Taman Seri Tambun

2.6 Deejay
· CM Pro Music, Dataran Sunway Tambun

2.7 Fotografi / Videografi
· Bicara Lensa

2.8 Keselamatan
· RELA

2.9 Logistik
· Banting
· Landskap
· Tangga

3. Penyambut Tetamu

3.1 JKKK Persekutuan / Negeri

3.2 Ahli Kumpulan Marhaban Wanita KTT

3.3 Wakil keluarga pengantin

3.4 Wakil AGRO BANK Negeri Perak

3.5 Wakil anak-anak jiran
· Anak Tuan Haji Basri
· Anak Encik Kamal
· Anak Fadil
· Anak Riz
· dan anak-anak lain

3.6 Tugas-tugas
· menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki – 4 orang
· pemberian buku cenderahati – 4 orang
· pemberian doorgift lelaki (bunga telor) – 2 orang
· pemberian doorgift perempuan (kek) – 2 orang
· kad ucapan – 4 orang
· lain-lain

3.7 Pakaianbaju melayu / baju kurung (cream colour)

fuhhh... ntah ape lah citenye malam ni...


15 Disember 2008

Nasiiiiiiiiiiii Lemak...! Nasi Kerabu..!


tetibe aku teringat kisah aku dan Y satu mase dulu menjual nasik lemak n nasik kerabu dari blok ke blok.. dengan suara lantang Y dan aksi nya yang tahan lasak.. kami berdua sibuk menjual nasik.. tak payah buat senaman petang.. berpeluh2 menjual nasik.. dapat lah aku free 2-3 bungkus sehari.. dan nasik hasil jualan aku tu jugak lah aku bagi kat j.. hehehe sedih kalau nak dikenang2.. tapi mase tu aku tak rase pun 1 kesusahan yang aku tau... aku dapat jualkan nasik lemak n nasik kerabu pak gat tu.. bukan sebab aku nak makan nasik lemak dia sangat... entah ingat ke tak Y dengan kisah tu... aku n j akan ke KYPM Kuantan jugak UUM Sintok lepas nikah nanti.. honeymoon kami ni bertajuk Menjejak Detik Cinta... hopefully banyak gambar yang akan kami ambil di sana nanti... cite plak pasal wedding... Y datang tak agaknya nanti... my best ever after...mungkin Y dah tak nak kawan aku.. ape pun tengkiu Y ada bila aku perlukan... B.Y.E.. Y... KYPM... UUM.. Tunggu DI SANA.........................