aku kenali dia bermula sejak 28 tahun yang lalu .. dia hanya seorang yang sederhana.. dengan seluar terkoyak di hujung kaki.. kemeja-t lusuh dia bersama aku ke Ikea dengan 2k bergetah dalam poket... ramahnya tidak ada bandingan.. sehingga aku terpaksa memesan agar jangan begitu.. begini.. untuk sekali dua aku bisa.. dan seterusnya.. aku biarkan sahaja..
aku menginjak remaja dan menenal dia yang menjadi teman belajar bersama.. hanya seketika aku punya pengalaman yang banyak memberi aku pengajaran.. seketika aku berhenti dari mendekati dan didekati...
dalam masa itu aku mengenali mereka yang punya pelbagai kerektor yang pernah menceriakan dan membuat pedih rasa hati ini..
sehingga aku kenali dia yang hatinya sukar dimengertikan.. riuh dengan kata belakang.. kesian dia.. aku tahu dia bukan begitu.. ku kenali dia hampir 0.1 abad....
dua tahun aku belajar dan menguatkan jiwa, menetapkan hati agar tidak sekali-kali melangkah melulu tanpa arah.. kalau orang dulu-dulu kata menempuh onak dan duri aku rasa ini dah lebih dari duri.. kaki aku berdarah kerana mereka.. disusun duri tempat aku berpijak.. telinga aku bernanah mendengar setiap kata yang keluar dari mulut mereka... mereka yang buat aku! MEREKA BUAT AKU MENANGIS! TERLUKA! tak pernah aku buat mereka sepertimana mereka menganiaya aku! jenayah kolar putih mereka bermula di sini.. jauh di sudut hati aku, aku tak pernah maafkan mereka!
semalam aku dan dia ke Hospital Putrajaya.. melihat dia terbaring tanpa sedar di ICU, meronta kakinya diikat.. tangan juga.. meleleh buih putih keluar dari mulut dia... sedih dalam hati ini.. berat benar mata nak menahan airmata.. sebaik aku bisikan pada j... kesian dia... tak mampu untuk bangun dan menyapa kami berdua.. berderai airmata dia... meleleh... tak sanggup aku lihat dia yang hanya menggunakan mesin-mesin yang berselirat wayar dihidung dan mulut.. berlinangan airmata...
kini hanya dia dan dia yang bisa mengertikan hati ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan