17 Julai 2008

Sejambak Kasih Sekalung Budi

Dikesempatan ini kami seisi keluarga
menyisipkan salam dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi hadir bagi
memeriahkan majlis perkahwinan anakanda kami.

Para tetamu, sanak saudara jauh dan dekat,
handai dan taulan rakan sejawatan dan jiran tetangga.

Sesungguhnya kehadiran tuan & puan amatlah kami hargai. Semoga Allah SWT juga yang akan membalas keikhlasan serta budi baik tuan & puan.


Yang kurik itu kendi;
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi;
Dikenang sepanjang usia.

Terima kasih.

Tiada ulasan: