23 Disember 2010

Mak Ketam!


adalah sangat tidak adil bila mereka boleh buat dan tidak aku~ susah bila jadi manusia yang cakap tak serupa bikin... bila ketam mengajar anak berjalan... bila salahnya nampak pada aku dan tak pernah lihat teguran untuk ku juga itu untuknya... laksana cermin tidak di muka...

bila di hati sedang panas~

14 April 2010

syukur...


tadi aku ke Hospital Pakar iSLAM Kg.baru... bertemu docter Norlida. Syukur alhamdulillah tak ada perkara serius yang perlu dirisaukan, not cancer.. scanning semua ok... alhamdulillah... thankz to docter.. syukur ya Allah...!

02 April 2010

SURAT UNTUK CHE’ DIN


SURAT UNTUK CHE’ DIN

Minggu ini terlalu banyak peristiwa yang dialami. Belum sempat saya pos cerita Allahyarham Dr. Anuar Arai… satu lagi perpisahan dan pemergian terjadi kepada orang yang dekat dengat saya. Walaupun bukan secara fizikal, tetapi hasil karya mereka buat saya berhenti dan berfikir. Mudah-mudahan, Allah kurniakan kekuatan untuk menulis lagi. Keluar dari wad saya dikejutkan dengan berita pemergian Che’ Din. Masih sayu kerana kepulangan insan yang banyak berbudi walau sekalupun tak pernah bersua. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan para solehin.

Che’ Din,
Masa saya kecik2 dulu… saya kenal nama Che’ Din dalam majalah. Tapi sekarang saya kenal Che’ Din.. saya faham lawak Che’ Din walaupun ada orang kata kasar tapi itulah Che’ Din. I realize that he has something special that others can't beat him. Saya rasa saya kawan rapat dengan Che’ Din dan Pak Nil, setiap pagi dari Isnin sampai Jumaat saya dengar Riuh Pagi Era. Setiap hari tergelak, ketawa seorang diri dalam kereta waktu jalan sesak...bila tengok kereta sebelah, pemandu tu pun tengah gelak, sah la dia pun tengah dengar Drama Sebabak! Lawak Che’ Din memang meninggalkan kesan, membuat hari dilalui pada waktu seterusnya terasa sungguh ceria, tersenyum bila kenangkan lawaknya. Terfikir macam mana dengan hari-hari mendatang... terasa macam kehilangan sesuatu yang tak dapat nak diganti... sedih, sebak, cukup tak sangka seawal ini Che’ Din meninggalkan kami. Namun semua ini takdir tuhan, tak terlawan kita sebagai hambaNya.

Che’ Din,
Lepas Che’ Din jadi dj THR pertengahan 90’an, agak lama Che’ Din menyepi, dan kami pun dah rasa kehilangan dan rindu lawak jenakanya. Baru 3-4 tahun kembali aktif Che’ Din dah tinggalkan kami. Terima kasih Radio Era & Astro kerana sempat memberi tempat kepada Che’ Din untuk menghiburkan kami. Selepas ini pagi kami tak riuh lagi macam dulu. Suara Pak Nil pun kami dah tak dengar Che’ Din, Pak Nil masih sedih.. dia tak masuk konti.. kami semua sunyi. Sekarang tak de lagi Drama Sebabak, Sawancara Che’ Din… And now, u are no longer with us. Moga kita yang hidup ni akan selalu mendoakan yang terbaik untuk Che’ Din di alam seterusnya. Sampai bile2 pun Che’ Din tetap dalam hati kami. Bila saya teringat Che’ Din saya tak lupe sedekahkan Al-fatihah tuk Che’ Din… (Mior Ahmad Fuad Bin Mior Badri).

Che’ Din,
Saya MC 10 hari tetibe syahdu bila saya melihat Che’ Din kat raja lawak ulangan tadi. Esok bila saya dah bleh gi keje mesti saya sunyi bila Che’ Din tak ada bila buka Radio Era..

Che’ Din penah cakap Mac dulu kat twitter,
“Sesape nk ganti aku tahun depan.. Dah x larat lagi nk buat klakar sbb dah berumur. Nak beribadah pula rasanya..”
- 6 Mac 2010

“Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. hati2!”
- 13 Mac 2010

“Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian beransur2 ke bahgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!”
- 14 Mac 2010

[kehilanganmu kami rasai...]

29 Mac 2010

[S.A.B.A.R.]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".
(Surah Al-Baqarah ayat 155 )

27 Mac 2010

:: earth hour ::

Yasmin Ahmad & Maya Karin ~ our last year celebration

kami sekeluarga bergelap ketika makan malam 27 March 2010 dari jam 8.30 hingga 9.30... Menu nasik goreng, ayam percik ayamas & kopok dinikmati dalam gelap.. hehehe mak tak puas makan dalam gelap... tapi aircond kami buka sebab masing2 tak takan panas...huhu
lupe nak congrate to Maulana yg buat persembahan yang baekkk punyer di Konsert AF minggu ke-2

25 Mac 2010

Hafiz Ibrahim Movick vs Rosalinda De Rebina

wakakakkaka.... sebenarnye tercetusnya pencarian gambar2 kawen ni bila budak opis aku dok tanye mcm mane gambar wedding yang cantik... so banyak la jugak photographer yang aku suggest kan untuk dia lihat hasil gambar yang cantik kesan dari teknik pengambil gambar serta cara editing yang kena dengan caranya.. dan ini yang aku jumpa selepas 2 tahun di fotopages fadhil....

















30 Januari 2010

tq to hubby & family...also keke & lily

terima kasih kepada semua yang ingat birthday saya.... tak terbalas jasa baik kalian.. huhu

01 Januari 2010

Ucapan seumurku~


…Negativism" adalah satu sifat yang boleh muncul dalam berbagai bentuk. Ianya boleh muncul sebagai reaksi yang begitu pantas terhadap apa-apa cadangan atau rancangan yang baru. Mereka yang mempunyai sifat negatif ini sering berkata bahawa apa yang dicadangkan itu tidak mungkin dijayakan kerana berbagai sebab. Belum lagi cadangan dikaji,
dan cara-cara melaksanakannya digubah, sudahpun diputuskan bahawa
cadangan itu dan ini tidak mungkin.…


Bahayanya sikap ini ialah keperluan membuktikan bahawa "negativism"nya itu adalah berasas. Oleh itu, bukan sahaja tidak akan ada usaha untuk menjayakan cadangan yang baru, bahkan mungkin ada usaha untuk menggagalkannya supaya bolehlah ianya berkata,
"I told you so."
…Sikap negatif ini mengekalkan amalan yang kolot, walaupun nyata amalan itu tidak baik, dan menghalang perubahan baru yang mungkin membawa kesan yang baik. Tidak ada perubahan baru yang 100 peratus tetap membawa kebaikan. Bagi orang yang negatif,

ianya akan menonjol keburukan yang ada pada yang baru "to the exclusion of" apa juga kebaikan. Sebaliknya, keburukan amalan yang lama tidak disebutkan.
Bahkan ada yang mempertahankan yang lama bermatian-matian.
Dengan ini maka kemajuan tidak boleh dicapai.


…kita tentu semua faham kordinasi antara anggota-anggotanya adalah perlu.
Seperti mana badan, tidak boleh bergerak ke arah apa-apa matlamat jika gerakan tangan dan kaki tidak di"synchronise"kan, begitu juga organisasi tidak dapat berjalan dengan berkesan jika tidak ada "synchronisation" antara anggota-anggotanya. Dalam konteks organisasi adalah kepala, dan lain-lain bahagian dalam perkhidmatan awam adalah tangan dan kaki. Cuma jika tangan dan kaki mengikut arahan kepala dan bergerak secara "coordinated" baharulah sebuah tubuh-badan dapat bergerak dengan jayanya..

…saya ingin sebutkan tentang peningkatan pengetahuan di kalangan pegawai-pegawai. Kerapkali terjadi apabila sahaja kita tamat belajar di universiti, kita tidak lagi teruskan amalan membaca. Jika pelajaran hendak ditambahkan, kita bergantung kepada seminar, simposium dan lawatan-lawatan, terutama ke luar negeri. Sementara saya tidak menafikan peranan seminar dan lawatan, saya berpendapat tabiat membaca buku amatlah berkesan dalam mempertingkatkan pengetahuan.…Kita perlu membaca bukan sahaja tajuk-tajuk yang ada kaitan dengan kerja, tetapi juga lain-lain tajuk. Ini termasuklah bacaan berkenaan dengan agama rasmi kita, berkenaan dengan sejarahnya dan tamadunnya.

Dengan pembacaan yang luas ini, maka kita akan menjadi anggota masyarakat dan pegawai pentadbir yang lebih berkesan. Tetapi, saya tahu ramai dari pegawai-pegawai tidak begitu tertarik dengan amalan ini. Bahkan ada yang tidak membaca apa-apa yang telah ditunjuk sebagai "required reading." Ini saya tahu kerana tiada siapa yang membuat "quote" (mengutip/memetik)dari buku-buku tertentu dan tidak ada perbincangan tentang hujah-hujah dalam buku-buku ini dan bagaimana mengamalkannya dalam pentadbiran.

[Che'Det]
20-12-1982

UCAPAN TAHUN BARU 1982 INI SANGAT BERERTI UNTUK SAYA, KERANA IA SEUMUR DENGAN SAYA. SEMOGA TAHUN 2010 INI MENJADI SATU PERMULAAN YANG BAIK SAMADA DALAM KELUARGA, KERJAYA DAN KEHIDUPAN SAYA...
~kumohon doa restu b, mak & abah~