30 Januari 2006

NAIF KAH AKU??

aku tak tau.. mungkin perasaan aku 'cacat' mungkin pompuan lain akan rilex bile boy dia keluar dengan pompuan lain. mungkin. aku tak boleh buat begitu pada dia. aku terlalu menjaga diri aku dengan orang lain. aku tak mahu keluar dengan kekasih orang sehingga membuatkan perempuan lain berkecil hati. semua ditanggung~ huhhh... mana bulan? rindu sungguh aku pada dia. bulan... kenapa bila aku jauh dari dia-dia selalu buat aku sakit? bulan aku kah yang cacat? bulan aku tau aku tak cantik... aku pun selalu ingin bersama dia. bulan aku nak pegi tengok wayang macam mana kami dulu-dulu. tapi bila aku di kedah... tak ada tempat movie yang berbaloi. aku ajak dia ke ipoh... dia bawa semua ahli keluarganya! mana ada peluang kami bersama. tolong lah bulan............... pada siapa harus ku adu? cuma Tuhan yang tahu berat perasaan ini bulan. saat aku genab 24 tahun suara dia aku tunggu di gagang telefon... tapi orang lain yang bersusah payah menghubungi aku. lelaki yang pernah aku cuba lupakan tapi masih setia... sesetia aku pada dia yang sanggup melelapkan mata dari mengucapkan dengan kata-kata... bulan aku masih sayangkan dia. aku tak akan tinggalkan dia.. walau apa pun yang dia lakukan pada aku... tapi kalau satu masa nanti nama aku sudah tiada dalam hatinya. biar lah dia putuskan...

21 Januari 2006

BERSAMAMU - SARAH

Jangan diucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamaku

(chorus)
Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkan cintamu
Mengalir airmataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu

Serikan semula mahligai hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu (lalu)
Berikan ku cinta sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara daku setia selamanya

Ulang chorus
Jangan diucapkan perpisahan
Sayup suaramu menghilangkan rindu
Pasrahku di dalam kerinduan
Kasihku padamu subur di hatiku

to my baby i dedicate this song to you! ~dont hurt my heart anymore~

19 Januari 2006

:: EPISOD 2 ::


Setelah lama ku asakan hari ini berlalu… kad kuning ku punch jam 5.25 petang. Huh... lega! Mak masuk ke dalam perut kancil kuning yang setia bersama aku dari zaman sekolah lagi... macam biasa pasti perut mak dah membunyikan segala genra muzik dari dangdut ke balada terus ke hip hop dan akhirnya singgah ke rock kapak. Sebaik menguak pintu kayu depan rumah.. bau daging goreng masakan abah membuatkan emak kembali tersenyum dek kerana orang tersayang memahami isi perut mak yang kosong tak berisi nasi dari tengahari. Kalau di tanya kenapa tak makan tengahari... jawapnya pasti sudah jemu dengan kari mamak dari kedai sebelah. Aku sebenarnya respek pada abah.. juga pada emak yang kasihnya utuh... walau masing-masing bukan jejaka & wanita yang punya kecantikan fizikal... harta bergunung... pangkat dan sebagainya perhiasan dunia.. tapi mereka tetap mengasihi. Masing-masing punya banyak kelemahan tapi kelemahan itu yang membuatkan mereka saling memerlukan. “Mia… makan! Abah dah siapkan makanan ni…” laung emak dari dapur memanggil aku mengheret aku kea lam realiti. Aku tau emak juga sibuk membantu abah sejak balik tadi - ade saja yang dikerjakan emak.. tapi demi menjaga hati yang tersayang… emak membantu secepat kilat. Tak cukup dengan memanggil… posmen peribadi atau dikenali dengan nama glamour ‘Mami Jarum’ mengetuk pintu bilik…


“Kak Mia…. Makan!” suara Mira satu-satunya adik yang aku ada di dunia ini kini berada di depan bilik aku. Wajah bujur sireh itu persis artis muda remaja Fiza... bisik aku dalam hati. Kalau terucap pasti akan ada orang mengatakan aku memuji adik sendiri. Mira cantik, tak seperti aku... tubuh gempal dalam cermin itu milik aku. Pipi tembam... besarnya peha dan betis... sudah pelbagai cara aku cuba tetapi sering menemui jalan buntu. Aku kurang disiplin, itu aku tahu. Untuk hadiah hari lahir aku yang akan datang aku meminta alat senaman. Malas lah makan, sudah lah gemuk begini tak kan nak tambah lagi. Pintu ku kuak. “Mira, korang makan lah dulu. Kak Mia ada kerja sikit. Kalau Kak Mia lapar, akak cari sendiri. OK?” Walaupun hanya alasan kosong aku berharap mereka tak perasan yang sebenarnya aku mahu mengelak ke meja makan. Laptop aku menjerit-jeritkan lagu ‘Suratan atau kebetulan’ yang diberikan nafas baru oleh kumpulan Premelodic. Screen server laptop menayangkan semua gambar koleksi aku. Gambar Johan ku lihat - Masa kami rombongan kat Phuket Island sebelum ombak Tsunami meranapkan segala yang ciptaan Tuhan yang terindah.


(bersambung…)

18 Januari 2006

Mia Lyana

:: EPISOD 1 ::

“Baby sayang bangun cepat ek… la tak solat subuh lagi? Kan dah pukul 6.45 ni… I nak siap-siap pegi keje. U bangun tau…” Handbeg putih jenama Vinci itu aku capai dengan cepat.. "dah terlambat ni... Nak beli breakfast.. Hantar mak ke bank.. cari parking…” aku berkira-kira dalam otal.. Hampir 2 bulan aku berada di Majlis Bandaraya itu melengkapkan Ijazah Muda Komunikasi ku… pasti banyak surat khabar yang perlu di scan, digunting…hari ini. Maklumlah hari isnin… lambakan surat khabar di atas meja bulat sudah terbayang di depan mata.. kalau ada aduan mengenai ‘kami’ pasti Puan Mala akan mengamuk.. topiknya? Pasti sampah.. kuda bandaraya... longkang tersumbat.. rumput panjang dan anjing liar. Tapi seronok jugak aku mendengar bebelan wanita lingkungan 30 tahun itu… celoteh nya tak pernah kering dengan hilai ketawa yang bakal disambut Kak Sada. Kerani paling setia di sisi Puan Mala. Kesibukan aku di pejabat baru ini tak pernah sekali-kali membuatkan aku terlupa pada janji yang telah disimpul & diikat sebelum aku meninggalkan universiti ku yang jauh di utara semenanjung. Janji aku pada seseorang yang masih meneruskan pengajiannya yang bakal tamat akhir March ini. Telah ku khabarkan pada dia yang hanya dia yang yang bertahta menjadi johan di carta hati ku.. Johan Shah. “eh… baby ni dah bangun ke?” sambil jejari montok aku segera menggesel di pad laptop mencari fail ‘jadual baby’… “erm.. patut la lambat bangun… kelas dia start pukul 10 pagi rupenye… biarlah dia tidur.. mungkin letih membuat assignment yang makin payah setiap semester.” Jam di handphone ku lihat lagi… memang lambat mase berlalu… semua kerja aku dah siapkan.. bosan pulak kalau tak ada kerja macam ni.. Johan ni pun kenapa la tak balas mesej aku… jam dah pukul 9.30 pagi ni… buat dek je…dari tadi aku dah buat misscall dekat 50 kali… karang mengamuk pulak… kalau orang tak gerakan bising tapi - kalau banyak sangat call pun mengamuk jugak! Macam mane ni… iskk.. JOHANNNNNNNNNNNNNN…..!
Assalamualaikum diucapkan buat semua yang melayari blog aku ini...Tak ada ucapan seindah terima kasih yang dapat aku ungkapkan buat kalian...hari ini episod pertama cerpen hasil nukilan aku yang masih belum diedit akan menjadi tatapan menghiasi blog ini sementara aku tak punya ruang & peluang untuk menulis. Kisah ini mungkin pernah terjadi tetapi tidak pernah ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati... Jangan pernah tersentuh... Kerana penulisan ini hanya sekadar memenuhi impian aku bergelar 'penulis'...
 Posted by Picasa

06 Januari 2006

moga kasih kita akan berkekalan... Posted by Picasa
Sejak 6 tahun dulu awak mencintai saya, menyayangi saya� dan saya tak pernah pakse awak untuk sayang saya & mencintai saya. Kalau awak fikir saya tak sesuai untuk jadi isteri yang baik untuk awak bagitau saya. Jangan hancurkan masa depan awak sebab saya. Memang sekarang awak rase semuanya ok tapi saya harap awak berfikir ke depan. Sungguh ke awak rase yang saya sesuai untuk awak menjage awak sampai awak tua.. jadi teman awak seumur hidup. Saya menerima jawapan malam tadi sebagai janji ~ yang awak akan menyayangi saya seumur hidup dan tak akan mengabaikan hidup saya...

 Posted by Picasa

02 Januari 2006

ThAnKz.. GiVe Me YoUr LoVe... BaBy!

Good bye 2005... we'll 2 gether 4 ever...!

~ Welcome 2006 ~

SELAMAT TAHUN BARU 2006!!!

Assalamualaikum....lame nye tak tules sometin kat jurnal nie... banyak nak cite but slowly lah.. banyak mase lagi.. tuk permulaan ni... picture dulu kale mase we all celebrate our 1st year birthday... esok jay start his class erm... i acctually miss him so much... nothing much can i do.. kat bawah ni antare email baby yang jadi teman i bile rindu dia...

Nana cayang,takper nanti kiter kawin & u akan menemui kebahagiaan yang u tak pernah u bayangkan...


Nana arap ape yang we'll dah plan tahun ni akan berjalan lancar.... harap tiada sebarang perkara yang tak diingini berlaku. jarak ini adalah ujian kesetiaan masing-masing... kasih nana pada jay tak akan kurang... tahun ni kite graduate! carik keje... n in the same time may b menunaikan perkare yang baik... insyaAllah..

2006 ~ tahun yang perlu ditempuh dengan semangat yang kuat!