09 April 2006

Jangan sampai bankrap

Daripada Abu Hurairah r.a,
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Adakah kamu tahu siapa yang muflis?''
Jawab sahabat: ``Orang yang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta.''
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: ``Sesungguhnya orang muflis dari umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan sembahyang, puasa, dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memfitnah, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka, dibahaginya kebahagiaannya tadi kepada orang-orang itu (yang difitnah tadi). Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.''

(Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi)
Maksud hadis
Dalam hadis ini, Nabi Muhammad s.a.w. memberi peringatan kepada umat Muslim bahawa yang dimaksudkan dengan muflis yang sebenar-benarnya ialah mereka yang bankrap di akhirat nanti. Segala kebaikan dan pahalanya habis dirampas dan diberi kepada orang lain yang pernah dizaliminya di dunia ini. Kalau tidak cukup pahalanya juga, maka kejahatan orang yang dicerca itu pula ditimbunkan ke atasnya. Kemudian dia dilontarkan ke dalam neraka. Hendaklah seseorang itu menyelesaikan segala persoalan dengan orang lain sebelum terlambat. Jangan sampai bankrap di akhirat nanti.
Kesimpulannya
Hendaklah seseorang itu menyelesaikan segala persoalan atau masalah sesama mereka (manusia) agar kesalahan mencerca itu diampuni oleh orang yang pernah dicerca sebelum terlambat atau jangan sampai dia bankrap akibat perbuatan buruk yang tidak disedarinya itu walaupun dia bersembahyang, berpuasa dan berzakat.

04 April 2006

The Most Beautiful Man


LELAKI TERINDAH
a masterpiece of ANDREI AKSANA

Suatu ketika dulu
Aku pernah hanyut

Tapi tak pernah ku tenggelam
Karena kekuatan cintamu
Menjadi perahu dan dayungku

Hanya engkaulah yang mampu
Melenyapkan ragu menjadi tahu
Memupuskan kelu menjadi deru

Hanya engkaulah yang bisa
Menggantikan tawar menjadi rasa
Menghadirkan tiada mejadi ada

Karena hanya engkaulah...
Lelaki terindah di hidupku
Posted by Picasa

Kadangkala kita terpaksa melepaskan apa yang kita ada untuk kebaikan sendiri dan kadangkala apa yang terpaksa kita lepaskan itu adalah sesuatu yang amat kita sayangi

Apa yang berlaku tadik cukup-cukup menyedarkan aku.Aku dah tak mahu ulangi lagi perkara macam nie.Biarlah itu menjadi untuk yang terakhir kali.Niat aku cuma satu jer, aku takder niat lain...jauh sekali untuk menyimpang dari niat asal yang telah aku tanamkan dalam hati sejak kemaren.Aku tahu keadaan sudah menjadi beda sekarang....aku paham tue...

Aku terlupa agaknya apa yang pernah aku cakap setiap kali perkara macam nie terjadi. Maka sebab itu lah sekali lagi aku melakukan kesilapan yang sama.

Aku rasa sebak yang boleh menyebabkan mata aku berpasir kalau tak dibendung.Aku tak pasti ia disebabkan perasaan malu pada diri sendiri atau terasa hati dengan apa yang berlaku.Tapi aku paham....jangan sesekali tunjukkan apa yang kita rasa pada orang, kerana dalam sepuluh belum boleh menjanjikan seorang pun untuk paham apa yang kita rasa sebenarnya.

Aku hampir melafazkan sumpah untuk meyakinkan hati agar tidak lagi buat perkara yang sama.Tapi aku takut aku terlanggar sumpah~ jadi biarlah aku terus pegang dengan janji....mungkir janji pada diri sendiri adalah lebih baik daripada mungkir pada orang lain....
Takperlah....aku terima.Tapik andai nanti...yang keruh itu menjadi jernih.... mungkin aku akan pertimbangkan kembali untuk menghadapinya.Kesimpulan yang aku salu buat sejak dulu ialah....kebaikan yang kita beri pada orang...tidak mustahil akan mendapat kebaikan kembali...mungkin dengan cara yang beda, tapi itulah aturan kehidupan.

Mengapa perasaan yang telah terjadi pada dia seakan berulang padaku? Atau ini mungkin kejadian biasa kepada setiap manusia aku dan dia?
Posted by Picasa