14 Ogos 2009

LEKA tariku…


“Sejenak aku leka dengan permainan pentas seni dan tari yang selalu mengkehendak aku menari gumbira di pentas ini.. kerna aku saja yang mampu untuk membawa rendak biar rona dan warna tari manjadi satu dalam liuk irama dan melodi pemain musik. Perlahan ku tolak ketepi biar tari ini tetap di jari dan setapak demi setapak langkah kaki diatur.. yang perlu beransur ku biarkan beransur kerna aku mahukan apa yang kutarikan ini menjadi langkah molek seorang penari.. jangan ada yang menghalang biar rentak ini menjadi.. akan kubuka bunga silat bagai pejuang merdeka andai ada yang mencantas rentak tari ku…ku impikan leka menyusun tari ini terus leka.. jangan ada yang ganggu… jangan.. biar sampai kasih hilang aku mahu terus leka dengan tariku…”

11 Ogos 2009

MAKCIK SITI NURALIZAH KE NI?? HUHU…

Sempena bulan Sya’ban ni Ogy dah makin cun dengan tudungnya.. tahniah.. akak arap Ogy teruskan usaha ini!!! Conggrat to u sis!


malu2 plak ogy...

08 Ogos 2009

Jalan Tuanku Abdul Rahman


8 Ogos 2009 ada perjumpaan ANTI RUSUHAN@ Jalan Tuanku Abdul Rahman .. kiteorg jalan-jalan carik sampin n tudung... huhu.. today birthday b... huhu b dah tua!

06 Ogos 2009

KuKenaliAdam...



aku kenali dia bermula sejak 28 tahun yang lalu .. dia hanya seorang yang sederhana.. dengan seluar terkoyak di hujung kaki.. kemeja-t lusuh dia bersama aku ke Ikea dengan 2k bergetah dalam poket... ramahnya tidak ada bandingan.. sehingga aku terpaksa memesan agar jangan begitu.. begini.. untuk sekali dua aku bisa.. dan seterusnya.. aku biarkan sahaja..

aku menginjak remaja dan menenal dia yang menjadi teman belajar bersama.. hanya seketika aku punya pengalaman yang banyak memberi aku pengajaran.. seketika aku berhenti dari mendekati dan didekati...

dalam masa itu aku mengenali mereka yang punya pelbagai kerektor yang pernah menceriakan dan membuat pedih rasa hati ini..

sehingga aku kenali dia yang hatinya sukar dimengertikan.. riuh dengan kata belakang.. kesian dia.. aku tahu dia bukan begitu.. ku kenali dia hampir 0.1 abad....

dua tahun aku belajar dan menguatkan jiwa, menetapkan hati agar tidak sekali-kali melangkah melulu tanpa arah.. kalau orang dulu-dulu kata menempuh onak dan duri aku rasa ini dah lebih dari duri.. kaki aku berdarah kerana mereka.. disusun duri tempat aku berpijak.. telinga aku bernanah mendengar setiap kata yang keluar dari mulut mereka... mereka yang buat aku! MEREKA BUAT AKU MENANGIS! TERLUKA! tak pernah aku buat mereka sepertimana mereka menganiaya aku! jenayah kolar putih mereka bermula di sini.. jauh di sudut hati aku, aku tak pernah maafkan mereka!

semalam aku dan dia ke Hospital Putrajaya.. melihat dia terbaring tanpa sedar di ICU, meronta kakinya diikat.. tangan juga.. meleleh buih putih keluar dari mulut dia... sedih dalam hati ini.. berat benar mata nak menahan airmata.. sebaik aku bisikan pada j... kesian dia... tak mampu untuk bangun dan menyapa kami berdua.. berderai airmata dia... meleleh... tak sanggup aku lihat dia yang hanya menggunakan mesin-mesin yang berselirat wayar dihidung dan mulut.. berlinangan airmata...

kini hanya dia dan dia yang bisa mengertikan hati ini..

STARBUCK?!

STARBUCK?! 6 Ogos 2009 angkara dia yang kene gi training tarian for Merdeka Day… have a break wiz jus @ starbuck ~ alone!!!

02 Ogos 2009

monster inc @ the curve

[Our 1st date @ IKEA after over 8 month our wedding] me wiz monster inc @ the curve..b ni mcm tade pose lain tau! Menyampah…huhuhu..
2 Ogos 2009
same plak kale tudung i dengan u...
best...