14 April 2010

syukur...


tadi aku ke Hospital Pakar iSLAM Kg.baru... bertemu docter Norlida. Syukur alhamdulillah tak ada perkara serius yang perlu dirisaukan, not cancer.. scanning semua ok... alhamdulillah... thankz to docter.. syukur ya Allah...!

02 April 2010

SURAT UNTUK CHE’ DIN


SURAT UNTUK CHE’ DIN

Minggu ini terlalu banyak peristiwa yang dialami. Belum sempat saya pos cerita Allahyarham Dr. Anuar Arai… satu lagi perpisahan dan pemergian terjadi kepada orang yang dekat dengat saya. Walaupun bukan secara fizikal, tetapi hasil karya mereka buat saya berhenti dan berfikir. Mudah-mudahan, Allah kurniakan kekuatan untuk menulis lagi. Keluar dari wad saya dikejutkan dengan berita pemergian Che’ Din. Masih sayu kerana kepulangan insan yang banyak berbudi walau sekalupun tak pernah bersua. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan para solehin.

Che’ Din,
Masa saya kecik2 dulu… saya kenal nama Che’ Din dalam majalah. Tapi sekarang saya kenal Che’ Din.. saya faham lawak Che’ Din walaupun ada orang kata kasar tapi itulah Che’ Din. I realize that he has something special that others can't beat him. Saya rasa saya kawan rapat dengan Che’ Din dan Pak Nil, setiap pagi dari Isnin sampai Jumaat saya dengar Riuh Pagi Era. Setiap hari tergelak, ketawa seorang diri dalam kereta waktu jalan sesak...bila tengok kereta sebelah, pemandu tu pun tengah gelak, sah la dia pun tengah dengar Drama Sebabak! Lawak Che’ Din memang meninggalkan kesan, membuat hari dilalui pada waktu seterusnya terasa sungguh ceria, tersenyum bila kenangkan lawaknya. Terfikir macam mana dengan hari-hari mendatang... terasa macam kehilangan sesuatu yang tak dapat nak diganti... sedih, sebak, cukup tak sangka seawal ini Che’ Din meninggalkan kami. Namun semua ini takdir tuhan, tak terlawan kita sebagai hambaNya.

Che’ Din,
Lepas Che’ Din jadi dj THR pertengahan 90’an, agak lama Che’ Din menyepi, dan kami pun dah rasa kehilangan dan rindu lawak jenakanya. Baru 3-4 tahun kembali aktif Che’ Din dah tinggalkan kami. Terima kasih Radio Era & Astro kerana sempat memberi tempat kepada Che’ Din untuk menghiburkan kami. Selepas ini pagi kami tak riuh lagi macam dulu. Suara Pak Nil pun kami dah tak dengar Che’ Din, Pak Nil masih sedih.. dia tak masuk konti.. kami semua sunyi. Sekarang tak de lagi Drama Sebabak, Sawancara Che’ Din… And now, u are no longer with us. Moga kita yang hidup ni akan selalu mendoakan yang terbaik untuk Che’ Din di alam seterusnya. Sampai bile2 pun Che’ Din tetap dalam hati kami. Bila saya teringat Che’ Din saya tak lupe sedekahkan Al-fatihah tuk Che’ Din… (Mior Ahmad Fuad Bin Mior Badri).

Che’ Din,
Saya MC 10 hari tetibe syahdu bila saya melihat Che’ Din kat raja lawak ulangan tadi. Esok bila saya dah bleh gi keje mesti saya sunyi bila Che’ Din tak ada bila buka Radio Era..

Che’ Din penah cakap Mac dulu kat twitter,
“Sesape nk ganti aku tahun depan.. Dah x larat lagi nk buat klakar sbb dah berumur. Nak beribadah pula rasanya..”
- 6 Mac 2010

“Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. hati2!”
- 13 Mac 2010

“Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian beransur2 ke bahgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!”
- 14 Mac 2010

[kehilanganmu kami rasai...]