30 Jun 2009

realiti pra-dewasa...



Menjalani pengambaran realiti perjuangan seorang pra-dewasa membuatkan saya sering senyum sendiri dengan pelbagai warna yang saya temui setiap hari. Warna dan watak yang sering berubah dari satu masa ke satu masa, dari satu watak ke satu watak. Namun warna-warna ini adalah penyeri dan kenangan terindah yang akan dikenang oleh saya sampai bila-bila. Dengan mengadaptasikan watak dinamik, saya ingin mengubah kehidupan saya kepada sesuatu yang lebih baik, walaupun sering bertemu dengan watak antagonis. Matlamat hidup saya semoga satu hari nanti saya akan melakonkan watak protagonis sampai bila-bila. Bukan watak sampingan yang aku perlu sedang aku punya jiwa untuk membawakan watak dinamik! Bukan watak pratagonis yang ku perlu dan aku sendiri tahu yang aku tak akan diberi pun peluang untuk melakon watak itu tak akan... aku tahu.. sangat tahu yang aku sebenarnya tak boleh memikir negatif... tapi ini lah realitinya! Reality seorang pra-dewasa... jiwa ku disini... tetapi aku tidak bisa berdiri kerana ini bukan tempat ku...


Teringat pesan Otomen dulu kala...

“Dihilangkan matahari dari hidup kamu... diberikan hujan lebat ketika kamu sedang gembira melalui hari-hari cerah lagi ceria... dan janganlah kamu sedih dan menangis... kerana sebenarnya DIA menyediakan pelangi indah untuk kamu...”

“mana ko tau?”

“aku tau la... aku kan otomen! hehehehe”


29 Jun 2009

Packing for my last day... @ flying tiger!




ini bukan tempat aku.. aku tak mampu lagi bertahan di sini… aku pergi kerana aku perlu berada lebih lama di sana.. mereka perlukan aku di sana.. ini lah tempat aku belajar erti kedewasaan.. aku temui pelbagai jenis ragam manusia yang sentiasa mengajar aku menjadi dewasa yang matang.. seorang yang rasional.. seorang yang taat kepada ketua.. dan melihat orang-orang yang baik dipijak!


Nice cup cake on my last day…

26 Jun 2009

JAYA SEKSYEN 14 PETALING JAYA RUNTUH!

Susah nak percaya aku pernah menjejak kaki ke bangunan ini satu masa dulu. Tapi sekarang semuanya dah tinggal kenangan.. petang tu kami balik asing-asing.. aku terasa nak singgah beli burger mat rock kat Seksyen 14.. tibe je depan Mc-d tu aku nampak banyak sangat jerebu...rupanya bukan jerebu tapi bangunan shoping kompleks pertama di PJ tu runtuh! Jadi habuk runtuhan tu memenuhi ruang udara kawasan sekitar.. ini je beberapa gambar yang dapat aku ambil setelah beberapa hari runtuhan terjadi... tak berani nak gi dekat-dekat.. n ini pun dah kira sangat berani huhuhu.. saya FZA melaporkan untuk Buletin Purnama...