28 Disember 2009

HAPPY ANNIVERSARY YANG PERTAMA!!!


Kepada B, orang sempat simpulkan 10 sebab mengapa orang orangng sangat2 kat B..
Mudah-mudahan wish ini menjadi peringatan kepada orang sekiranya pada masa akan datang orang ada terlintas untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya orang lakukan. Dan buat pengetahuan B, sayang orang pada B makin bertambah setiap hari tau:

Sebab B sangat-sangat penyabar Sebab B sayang orang walaupun B tak reti nak cakap ehehehhe semua permintaan kalu bleh B nak tunaikan… sampai kadeng2 B tak sempat main gitar!
B rajin membantu orang tanpa berleter atau mengeluh (yang orang tak pernah terlintas B mampu lakukan – masak spegetti bolonis!) B pemurah pada orang.
B bagi alaun RM*** sebulan! Keep it up baby! kalu nak tambah bagi 4 angke pun ok gak huhu..
B amat menghormati orang sebagai seorang isteri di sisi B. Orang hargai sangat2! B tidak pernah mengongkong orang malah selalu bertolak ansur dalam segala hal berkaitan masalah rumahtangga kita.

B sangat banyak berubah (ke arah kebaikan), 360 darjah berbanding hari pertama orang kenali B. Terima kasih B!

B bleh jadik pendengar setia kepada setiap keluhan orang
(walaupun kadang2 orang tahu B buat-buat mendengar jek )

B memang bukanlah lelaki paling sempurna di dunia, tapi lelaki yang Tuhan anugerahkan terbaik buat orang. Dan orang amat bertuah memiliki B sebagai suami!

Kerana itulah orang amat menyayangi B…
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang pertama CAYANG!

Orang sayang B sangat2 tau! Orang bahagia sangat2 selama hidup bersama B selama 1 tahun ni…Semoga Allah memberkati perkahwinan kita hingga ke akhir hayat… Aminnnnn….
~luv u~

honeymun @ Pantai Klabang Melaka



1 Malaysia benteng negara...


@Melaka RiverCruise



bes ooo.. tengok Bandaraya Melaka waktu malam ~ naik bot~ banyak lampu lip-lap...


:: the end ::

20 Disember 2009

Betulkah Budi Bahasa Amalan Kita?


Kalau benar budi bahasa amalan kita tak mungkin berpuluh abad kita hidup di dunia ini kita masih perlu berkempen.. yang tua tak sepertinya.. bagaimana yang muda dapat jadikan yang tua itu teladan?


Kata mak.. kelapa makin tua makin berguna, kerana pekat pati santannya.. macam tu juga dengan orang tua..makin tua makin berkualiti seseorang itu..


Mungkin aku berbeza kata.. aku kata seseorang yang berkualiti itu bermula dari masa mudanya.. kalau dari muda dia berkualiti.. sampai tua juga dia berkualiti.. tak tunggu tua baru jadi yang terbaik.. kalau dari muda dia tidak berkualiti ia akan membawa sehingga tua.. namun masih ada peluang walaupun bukan untuk orang lain namun setidak-tidaknya menjadi yang terbaik untuk diri sendiri…

Kita memulakan hari dengan berbuat baik dengan semua manusia tak mengira harta, pangkat, nama dan keturunan kerana semua itu hanya pinjaman dunia…

SURAH YUNUS: AYAT 99 : ALLAH S.W.T berfirman…
Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
~tapi masih ramai yang berbuat baik hanya pada yang ADA HARTA, ADA PANGKAT, ADA NAMA, ADA KETURUNAN dan yang tiADA... dihinjak?~~huhh

04 Disember 2009

Yang lurus itu, kamu tahu jalannya?


Tertanya-tanya sendiri tentang erti jalan lurus.. yang mana satu agaknya kerana semakin dewasa ini semakin aku keliru. Sukarnya meniti denai ini bila lurus dan bengkok sukar dimenertikan.. manusia bersimpang-siur melalui jalan-jalan itu.. dan aku yang masih terpinga-pinga ini semakin cemas kerana tak tahu mana satu jalan yang lurus..
Aku berhenti dan ketepi.. dan bertanya pada mereka… yang lurus itu kamu tahu jalannya? Dan mereka jawab.. ini jalannya… Aku ingat pesan mak dan abah bahawa itu jalan yang lurus… sampai bila-bila pun aku perlu melalui jalan itu..
Bila aku dewasa.. mereka kata ini jalannya.. dan kalau aku mahu selamat.. ini jalan yang perlu aku lalui… bukan yang itu..Aku mahu selamat.. aku juga perlu pegang pesan mak dan abah bahawa itu jalannya! Mana manusia yang akan sama-sama mengatakan itu jalannya? Mana? Kerana sepanjang perjalanan ini aku masih belum bertemu mereka yang mengatakan itu jalannya…
Lurus kini dikatakan bengkok.. dan bengkok kini dikatakan lurus… manusia semakin keliru.. dan hanya aku yang masih ketepi terfikir tentang lurus dan bengkok.. sedangkan semua manusia sekarang menolak tentang itu.. yang penting mereka semua sampai ke destinasi itu..