14 Ogos 2009

LEKA tariku…


“Sejenak aku leka dengan permainan pentas seni dan tari yang selalu mengkehendak aku menari gumbira di pentas ini.. kerna aku saja yang mampu untuk membawa rendak biar rona dan warna tari manjadi satu dalam liuk irama dan melodi pemain musik. Perlahan ku tolak ketepi biar tari ini tetap di jari dan setapak demi setapak langkah kaki diatur.. yang perlu beransur ku biarkan beransur kerna aku mahukan apa yang kutarikan ini menjadi langkah molek seorang penari.. jangan ada yang menghalang biar rentak ini menjadi.. akan kubuka bunga silat bagai pejuang merdeka andai ada yang mencantas rentak tari ku…ku impikan leka menyusun tari ini terus leka.. jangan ada yang ganggu… jangan.. biar sampai kasih hilang aku mahu terus leka dengan tariku…”

Tiada ulasan: