01 Januari 2010

Ucapan seumurku~


…Negativism" adalah satu sifat yang boleh muncul dalam berbagai bentuk. Ianya boleh muncul sebagai reaksi yang begitu pantas terhadap apa-apa cadangan atau rancangan yang baru. Mereka yang mempunyai sifat negatif ini sering berkata bahawa apa yang dicadangkan itu tidak mungkin dijayakan kerana berbagai sebab. Belum lagi cadangan dikaji,
dan cara-cara melaksanakannya digubah, sudahpun diputuskan bahawa
cadangan itu dan ini tidak mungkin.…


Bahayanya sikap ini ialah keperluan membuktikan bahawa "negativism"nya itu adalah berasas. Oleh itu, bukan sahaja tidak akan ada usaha untuk menjayakan cadangan yang baru, bahkan mungkin ada usaha untuk menggagalkannya supaya bolehlah ianya berkata,
"I told you so."
…Sikap negatif ini mengekalkan amalan yang kolot, walaupun nyata amalan itu tidak baik, dan menghalang perubahan baru yang mungkin membawa kesan yang baik. Tidak ada perubahan baru yang 100 peratus tetap membawa kebaikan. Bagi orang yang negatif,

ianya akan menonjol keburukan yang ada pada yang baru "to the exclusion of" apa juga kebaikan. Sebaliknya, keburukan amalan yang lama tidak disebutkan.
Bahkan ada yang mempertahankan yang lama bermatian-matian.
Dengan ini maka kemajuan tidak boleh dicapai.


…kita tentu semua faham kordinasi antara anggota-anggotanya adalah perlu.
Seperti mana badan, tidak boleh bergerak ke arah apa-apa matlamat jika gerakan tangan dan kaki tidak di"synchronise"kan, begitu juga organisasi tidak dapat berjalan dengan berkesan jika tidak ada "synchronisation" antara anggota-anggotanya. Dalam konteks organisasi adalah kepala, dan lain-lain bahagian dalam perkhidmatan awam adalah tangan dan kaki. Cuma jika tangan dan kaki mengikut arahan kepala dan bergerak secara "coordinated" baharulah sebuah tubuh-badan dapat bergerak dengan jayanya..

…saya ingin sebutkan tentang peningkatan pengetahuan di kalangan pegawai-pegawai. Kerapkali terjadi apabila sahaja kita tamat belajar di universiti, kita tidak lagi teruskan amalan membaca. Jika pelajaran hendak ditambahkan, kita bergantung kepada seminar, simposium dan lawatan-lawatan, terutama ke luar negeri. Sementara saya tidak menafikan peranan seminar dan lawatan, saya berpendapat tabiat membaca buku amatlah berkesan dalam mempertingkatkan pengetahuan.…Kita perlu membaca bukan sahaja tajuk-tajuk yang ada kaitan dengan kerja, tetapi juga lain-lain tajuk. Ini termasuklah bacaan berkenaan dengan agama rasmi kita, berkenaan dengan sejarahnya dan tamadunnya.

Dengan pembacaan yang luas ini, maka kita akan menjadi anggota masyarakat dan pegawai pentadbir yang lebih berkesan. Tetapi, saya tahu ramai dari pegawai-pegawai tidak begitu tertarik dengan amalan ini. Bahkan ada yang tidak membaca apa-apa yang telah ditunjuk sebagai "required reading." Ini saya tahu kerana tiada siapa yang membuat "quote" (mengutip/memetik)dari buku-buku tertentu dan tidak ada perbincangan tentang hujah-hujah dalam buku-buku ini dan bagaimana mengamalkannya dalam pentadbiran.

[Che'Det]
20-12-1982

UCAPAN TAHUN BARU 1982 INI SANGAT BERERTI UNTUK SAYA, KERANA IA SEUMUR DENGAN SAYA. SEMOGA TAHUN 2010 INI MENJADI SATU PERMULAAN YANG BAIK SAMADA DALAM KELUARGA, KERJAYA DAN KEHIDUPAN SAYA...
~kumohon doa restu b, mak & abah~

Tiada ulasan: