04 April 2006


Kadangkala kita terpaksa melepaskan apa yang kita ada untuk kebaikan sendiri dan kadangkala apa yang terpaksa kita lepaskan itu adalah sesuatu yang amat kita sayangi

Apa yang berlaku tadik cukup-cukup menyedarkan aku.Aku dah tak mahu ulangi lagi perkara macam nie.Biarlah itu menjadi untuk yang terakhir kali.Niat aku cuma satu jer, aku takder niat lain...jauh sekali untuk menyimpang dari niat asal yang telah aku tanamkan dalam hati sejak kemaren.Aku tahu keadaan sudah menjadi beda sekarang....aku paham tue...

Aku terlupa agaknya apa yang pernah aku cakap setiap kali perkara macam nie terjadi. Maka sebab itu lah sekali lagi aku melakukan kesilapan yang sama.

Aku rasa sebak yang boleh menyebabkan mata aku berpasir kalau tak dibendung.Aku tak pasti ia disebabkan perasaan malu pada diri sendiri atau terasa hati dengan apa yang berlaku.Tapi aku paham....jangan sesekali tunjukkan apa yang kita rasa pada orang, kerana dalam sepuluh belum boleh menjanjikan seorang pun untuk paham apa yang kita rasa sebenarnya.

Aku hampir melafazkan sumpah untuk meyakinkan hati agar tidak lagi buat perkara yang sama.Tapi aku takut aku terlanggar sumpah~ jadi biarlah aku terus pegang dengan janji....mungkir janji pada diri sendiri adalah lebih baik daripada mungkir pada orang lain....
Takperlah....aku terima.Tapik andai nanti...yang keruh itu menjadi jernih.... mungkin aku akan pertimbangkan kembali untuk menghadapinya.Kesimpulan yang aku salu buat sejak dulu ialah....kebaikan yang kita beri pada orang...tidak mustahil akan mendapat kebaikan kembali...mungkin dengan cara yang beda, tapi itulah aturan kehidupan.

Mengapa perasaan yang telah terjadi pada dia seakan berulang padaku? Atau ini mungkin kejadian biasa kepada setiap manusia aku dan dia?
Posted by Picasa

Tiada ulasan: