17 Disember 2008

meeting letak tugas..


today 17... parent aku akan meeting ngan org kg... ape mende nak dibuat... antaranya...

1. Aturcara Majlis
1.1 Majlis Akad Nikah
Tarikh : 27 Disember 2008 (Sabtu)
Tempat : Rumah
Masa : Lepas solat Isyak
Naib Kadi : Tuan Haji Mokhtar

Jamuan Makan
Persembahan Nasyid dari Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Chemor mengiring majlis jamuan makan.

1.2 Majlis Marhaban – Kumpulan Marhaban Wanita KTT
Tarikh : 28 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 8.00 – 10.00 pagi

1.3 Majlis Kenduri
Tarikh : 28 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi – 4.00 petang

· Ketibaan Pengantin Lelaki dari tempak bertanggak (Rumah Tuan Haji Basri) diiringi paluan kompang oleh Kumpulan Kompang Taman Seri Tambun.
· Penyambut tetamu menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki.
· Rombongan berarak masuk ke perkarangan rumah pengantin disambut oleh pengantin perempuan.
· Persembahan Pencak Silat oleh Persatuan Silat S.M.K Bercham Ipoh.
· Pengantin dan rombongan diiringi masuk ke rumah (10-20 minit).
· Bergerak ke Tapak Khemah untuk Majlis Makan Pengantin.

1.4 Majlis Suaikenal Pengantin
Tarikh : 28 Disember 2008 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi – 4.00 petang

2.Persiapan
2.1 Lokasi
· Rumah pengantin : 1 khemah
· Jalan Hala Tasek Timur 12 : 9 khemah
· Tanah Lot (sebelah rumah Hj. Zul) : 5 khemah
· Tanah Lot (sebelah rumah En.Fadil) : khemah caterer

2.2 Jemputan
· Kad Jemputan : 900 keping
· Tempahan Makanan : 2000 orang

2.3 Katering
· Awi catering
· Buffet

2.4 Andaman / Pelamin
· De’Aida Bridal

2.5 Kompang
· Kumpulan Kompang Taman Seri Tambun

2.6 Deejay
· CM Pro Music, Dataran Sunway Tambun

2.7 Fotografi / Videografi
· Bicara Lensa

2.8 Keselamatan
· RELA

2.9 Logistik
· Banting
· Landskap
· Tangga

3. Penyambut Tetamu

3.1 JKKK Persekutuan / Negeri

3.2 Ahli Kumpulan Marhaban Wanita KTT

3.3 Wakil keluarga pengantin

3.4 Wakil AGRO BANK Negeri Perak

3.5 Wakil anak-anak jiran
· Anak Tuan Haji Basri
· Anak Encik Kamal
· Anak Fadil
· Anak Riz
· dan anak-anak lain

3.6 Tugas-tugas
· menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki – 4 orang
· pemberian buku cenderahati – 4 orang
· pemberian doorgift lelaki (bunga telor) – 2 orang
· pemberian doorgift perempuan (kek) – 2 orang
· kad ucapan – 4 orang
· lain-lain

3.7 Pakaianbaju melayu / baju kurung (cream colour)

fuhhh... ntah ape lah citenye malam ni...


Tiada ulasan: