Selamat datang kepada semua pelawat blog..Sebenarnya saya manusia kasar yang tak tahu apa itu seni.. tapi saya suka berseni.. menulis.. melukis… belajar muzik… namun di daerah ini saya menulis sekadar melepaskan perasaan.. kerana di sini saya bebas untuk meluahkan segalanya mengenai masalah hidup tak pernah surut.. seperti juga kasih sayang saya yang tak pernah surut dalam hati ini pada dia.. pengkisahan cinta antara saya dan dia juga bermula dari dunia siber ini..
26 Jun 2009
JAYA SEKSYEN 14 PETALING JAYA RUNTUH!
Susah nak percaya aku pernah menjejak kaki ke bangunan ini satu masa dulu. Tapi sekarang semuanya dah tinggal kenangan.. petang tu kami balik asing-asing.. aku terasa nak singgah beli burger mat rock kat Seksyen 14.. tibe je depan Mc-d tu aku nampak banyak sangat jerebu...rupanya bukan jerebu tapi bangunan shoping kompleks pertama di PJ tu runtuh! Jadi habuk runtuhan tu memenuhi ruang udara kawasan sekitar.. ini je beberapa gambar yang dapat aku ambil setelah beberapa hari runtuhan terjadi... tak berani nak gi dekat-dekat.. n ini pun dah kira sangat berani huhuhu.. saya FZA melaporkan untuk Buletin Purnama...

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan