30 Jun 2009

realiti pra-dewasa...



Menjalani pengambaran realiti perjuangan seorang pra-dewasa membuatkan saya sering senyum sendiri dengan pelbagai warna yang saya temui setiap hari. Warna dan watak yang sering berubah dari satu masa ke satu masa, dari satu watak ke satu watak. Namun warna-warna ini adalah penyeri dan kenangan terindah yang akan dikenang oleh saya sampai bila-bila. Dengan mengadaptasikan watak dinamik, saya ingin mengubah kehidupan saya kepada sesuatu yang lebih baik, walaupun sering bertemu dengan watak antagonis. Matlamat hidup saya semoga satu hari nanti saya akan melakonkan watak protagonis sampai bila-bila. Bukan watak sampingan yang aku perlu sedang aku punya jiwa untuk membawakan watak dinamik! Bukan watak pratagonis yang ku perlu dan aku sendiri tahu yang aku tak akan diberi pun peluang untuk melakon watak itu tak akan... aku tahu.. sangat tahu yang aku sebenarnya tak boleh memikir negatif... tapi ini lah realitinya! Reality seorang pra-dewasa... jiwa ku disini... tetapi aku tidak bisa berdiri kerana ini bukan tempat ku...


Teringat pesan Otomen dulu kala...

“Dihilangkan matahari dari hidup kamu... diberikan hujan lebat ketika kamu sedang gembira melalui hari-hari cerah lagi ceria... dan janganlah kamu sedih dan menangis... kerana sebenarnya DIA menyediakan pelangi indah untuk kamu...”

“mana ko tau?”

“aku tau la... aku kan otomen! hehehehe”


Tiada ulasan: