04 Disember 2009

Yang lurus itu, kamu tahu jalannya?


Tertanya-tanya sendiri tentang erti jalan lurus.. yang mana satu agaknya kerana semakin dewasa ini semakin aku keliru. Sukarnya meniti denai ini bila lurus dan bengkok sukar dimenertikan.. manusia bersimpang-siur melalui jalan-jalan itu.. dan aku yang masih terpinga-pinga ini semakin cemas kerana tak tahu mana satu jalan yang lurus..
Aku berhenti dan ketepi.. dan bertanya pada mereka… yang lurus itu kamu tahu jalannya? Dan mereka jawab.. ini jalannya… Aku ingat pesan mak dan abah bahawa itu jalan yang lurus… sampai bila-bila pun aku perlu melalui jalan itu..
Bila aku dewasa.. mereka kata ini jalannya.. dan kalau aku mahu selamat.. ini jalan yang perlu aku lalui… bukan yang itu..Aku mahu selamat.. aku juga perlu pegang pesan mak dan abah bahawa itu jalannya! Mana manusia yang akan sama-sama mengatakan itu jalannya? Mana? Kerana sepanjang perjalanan ini aku masih belum bertemu mereka yang mengatakan itu jalannya…
Lurus kini dikatakan bengkok.. dan bengkok kini dikatakan lurus… manusia semakin keliru.. dan hanya aku yang masih ketepi terfikir tentang lurus dan bengkok.. sedangkan semua manusia sekarang menolak tentang itu.. yang penting mereka semua sampai ke destinasi itu..

Tiada ulasan: