20 Disember 2009

Betulkah Budi Bahasa Amalan Kita?


Kalau benar budi bahasa amalan kita tak mungkin berpuluh abad kita hidup di dunia ini kita masih perlu berkempen.. yang tua tak sepertinya.. bagaimana yang muda dapat jadikan yang tua itu teladan?


Kata mak.. kelapa makin tua makin berguna, kerana pekat pati santannya.. macam tu juga dengan orang tua..makin tua makin berkualiti seseorang itu..


Mungkin aku berbeza kata.. aku kata seseorang yang berkualiti itu bermula dari masa mudanya.. kalau dari muda dia berkualiti.. sampai tua juga dia berkualiti.. tak tunggu tua baru jadi yang terbaik.. kalau dari muda dia tidak berkualiti ia akan membawa sehingga tua.. namun masih ada peluang walaupun bukan untuk orang lain namun setidak-tidaknya menjadi yang terbaik untuk diri sendiri…

Kita memulakan hari dengan berbuat baik dengan semua manusia tak mengira harta, pangkat, nama dan keturunan kerana semua itu hanya pinjaman dunia…

SURAH YUNUS: AYAT 99 : ALLAH S.W.T berfirman…
Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
~tapi masih ramai yang berbuat baik hanya pada yang ADA HARTA, ADA PANGKAT, ADA NAMA, ADA KETURUNAN dan yang tiADA... dihinjak?~~huhh

Tiada ulasan: