25 Julai 2009

Si Deja Vu akan berlalu...

sedey rasa hati bila mendengar luahan rasa teman blog yang mula-mula menjejak ke daerah itu dan sedang menyiapkan diri untuk meninggalkan segala kenangan lebih sepuluh tahun ke sebuah daerah lain... mungkin lebih indah.. dia meluah rasa serta berkarya sehingga aku yang keras hati ini perlahan-lahan mula belajar berkias dan menjadikan setiap karyanya ispirasi hidup.. pemikiran dan kesabaran dia menempuh hidup adalah pengajaran untuk aku.. dari selangkah demi selangkah aku mulakan blog ini walaupun KaryaKuKayu!



Kata dia...."Di saat orang lain berpusu-pusu memilih blogspot, hanya tinggal saya yang masih setia bersama GEOCITIES... eheh!! rasa-rasanya hanya tinggal saya seorang agaknya yang masih setia menjadikan ia sebagai rumah tumpangan DAERAH ini.

Saya masih ingat lagi, saya pernah katakan bahawa saya hanya akan berhenti menulis bila GEOCITIES tidak lagi bernyawa.Agaknya, mungkin waktunya sudah tiba... sejak beberapa bulan lalu... GEOCITIES telah menulis sepucuk surat perpisahan untuk saya... isi suratnya menyatakan bahawa ia akan berhenti daripada memberikan perkhidmatan RUMAH TUMPANGAN kepada saya.Saya tertanya-tanya, kenapa saya tidak dikecualikan... apakah kesetiaan saya selama ini hanya berakhir dengan sia-sia....?!!

Tapi perlahan-lahan saya jadi paham.... sepatutnya saya sudah harus menjadi terbiasa dengan hal-hal seperti ini.

Apa yang bernilai sangat dengan erti sebuah KESETIAAN??.Bukankah selama ini dalam apa jua hal yang berlaku... kesetiaan saya seringkali diragui.... kesetiaan mungkin sudah tiada nilainya lagi pada waktu ini.

Sejak beberapa bulan lalu... habis waktu kerja saya akan cepat-cepat bersiap untuk pulang.Kalau sebelumnya, saya akan lepak di office mendengar lagu sambil mengupdate DAERAH ini.Kadang-kadang saya seperti tidak tahu nak buat apa selepas tamat waktu kerja kerana selalunya 2-3 jam saya akan habiskan waktu saya di DAERAH ini... tapi... saya harus mulai belajar bagaimana untuk membiasakan diri dengan keadaan ini nanti....-

Saya tidak pasti sama GEOCITIES akan mendelete semua pengkisahan-pengkisahan saya di sini sejak 10 tahun dahulu.Memadam semua memori-memori yang pernah saya cipta di sini... atau pun ia akan mengekalkan daerah ini... terpulanglah... saya sudah tidak berhak untuk bersuara apa-apa.

Mungkin betul kata orang... kadang-kadang diam adalah hal terbaik untuk dilakukan.Seperti mana saya bisukan suara saya sejak beberapa bulan ini untuk segala macam hal yang sangat menyakitkan....-

Andaikata selepas ini saya tidak lagi berkisah ini... saya harap anda semua tetap merasa gembira kerna pernah melewati daerah ini dan meluangkan waktu sejenak menikmati apa yang ada di sini.Meskipun tidak terlalu istimewa... namun cukuplah andai ia bisa meninggalkan kesan."

bila lagi aku akan membaca tiap ketikan jari membina perkataan lalu ayat yang sangat menyentuh dan memahami aku ini pun aku tak tahu... selamat jalan AKUNGANTARO!

Mungkin tak ada orang percaya bila aku kata blog dia umpama DEJAVU! Untuk aku bila mana aku yang pusing dek kerenah manusia yang merunsingkan, ini ke DAERAH dia dan di situ aku membaca, menenal dan belajar erti sebuah kedewasaan dan hati adam yang sukar dimengertikan...

... KU KENALI ADAM!

03 Julai 2009

hari pertama aku di REBANA UBI...


tak pernah terlintas akan mencari rezeki di sini dan ini lah tempat aku berteduh dari panas dan hujan untuk ketika ini... masih merempat mencari daerah sendiri agar hidup ini lebih bererti...

02 Julai 2009

30 Jun 2009

realiti pra-dewasa...



Menjalani pengambaran realiti perjuangan seorang pra-dewasa membuatkan saya sering senyum sendiri dengan pelbagai warna yang saya temui setiap hari. Warna dan watak yang sering berubah dari satu masa ke satu masa, dari satu watak ke satu watak. Namun warna-warna ini adalah penyeri dan kenangan terindah yang akan dikenang oleh saya sampai bila-bila. Dengan mengadaptasikan watak dinamik, saya ingin mengubah kehidupan saya kepada sesuatu yang lebih baik, walaupun sering bertemu dengan watak antagonis. Matlamat hidup saya semoga satu hari nanti saya akan melakonkan watak protagonis sampai bila-bila. Bukan watak sampingan yang aku perlu sedang aku punya jiwa untuk membawakan watak dinamik! Bukan watak pratagonis yang ku perlu dan aku sendiri tahu yang aku tak akan diberi pun peluang untuk melakon watak itu tak akan... aku tahu.. sangat tahu yang aku sebenarnya tak boleh memikir negatif... tapi ini lah realitinya! Reality seorang pra-dewasa... jiwa ku disini... tetapi aku tidak bisa berdiri kerana ini bukan tempat ku...


Teringat pesan Otomen dulu kala...

“Dihilangkan matahari dari hidup kamu... diberikan hujan lebat ketika kamu sedang gembira melalui hari-hari cerah lagi ceria... dan janganlah kamu sedih dan menangis... kerana sebenarnya DIA menyediakan pelangi indah untuk kamu...”

“mana ko tau?”

“aku tau la... aku kan otomen! hehehehe”


29 Jun 2009

Packing for my last day... @ flying tiger!




ini bukan tempat aku.. aku tak mampu lagi bertahan di sini… aku pergi kerana aku perlu berada lebih lama di sana.. mereka perlukan aku di sana.. ini lah tempat aku belajar erti kedewasaan.. aku temui pelbagai jenis ragam manusia yang sentiasa mengajar aku menjadi dewasa yang matang.. seorang yang rasional.. seorang yang taat kepada ketua.. dan melihat orang-orang yang baik dipijak!


Nice cup cake on my last day…

26 Jun 2009

JAYA SEKSYEN 14 PETALING JAYA RUNTUH!

Susah nak percaya aku pernah menjejak kaki ke bangunan ini satu masa dulu. Tapi sekarang semuanya dah tinggal kenangan.. petang tu kami balik asing-asing.. aku terasa nak singgah beli burger mat rock kat Seksyen 14.. tibe je depan Mc-d tu aku nampak banyak sangat jerebu...rupanya bukan jerebu tapi bangunan shoping kompleks pertama di PJ tu runtuh! Jadi habuk runtuhan tu memenuhi ruang udara kawasan sekitar.. ini je beberapa gambar yang dapat aku ambil setelah beberapa hari runtuhan terjadi... tak berani nak gi dekat-dekat.. n ini pun dah kira sangat berani huhuhu.. saya FZA melaporkan untuk Buletin Purnama...






05 Mei 2009

12 Februari 2009

Dinner MPC @ Sheraton Imperial Hotel KL

The Red Rose
Sheraton Imperial Hotel KL

lepak duk kat lobby..

hihi baru balik opis terus ke Sheraton Imperial

cantik deko atas meja ni...

27 Januari 2009

05 Januari 2009

MyWedding foto album

Beberapa minit sebelum Majlis akad nikah....







Majlis Akad Nikah bermula...







Kami sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz......










:: Sesi outdoor sekitar Ipoh::














Majlis Kenduri 28 disember 2009...