18 Januari 2006

Mia Lyana

:: EPISOD 1 ::

“Baby sayang bangun cepat ek… la tak solat subuh lagi? Kan dah pukul 6.45 ni… I nak siap-siap pegi keje. U bangun tau…” Handbeg putih jenama Vinci itu aku capai dengan cepat.. "dah terlambat ni... Nak beli breakfast.. Hantar mak ke bank.. cari parking…” aku berkira-kira dalam otal.. Hampir 2 bulan aku berada di Majlis Bandaraya itu melengkapkan Ijazah Muda Komunikasi ku… pasti banyak surat khabar yang perlu di scan, digunting…hari ini. Maklumlah hari isnin… lambakan surat khabar di atas meja bulat sudah terbayang di depan mata.. kalau ada aduan mengenai ‘kami’ pasti Puan Mala akan mengamuk.. topiknya? Pasti sampah.. kuda bandaraya... longkang tersumbat.. rumput panjang dan anjing liar. Tapi seronok jugak aku mendengar bebelan wanita lingkungan 30 tahun itu… celoteh nya tak pernah kering dengan hilai ketawa yang bakal disambut Kak Sada. Kerani paling setia di sisi Puan Mala. Kesibukan aku di pejabat baru ini tak pernah sekali-kali membuatkan aku terlupa pada janji yang telah disimpul & diikat sebelum aku meninggalkan universiti ku yang jauh di utara semenanjung. Janji aku pada seseorang yang masih meneruskan pengajiannya yang bakal tamat akhir March ini. Telah ku khabarkan pada dia yang hanya dia yang yang bertahta menjadi johan di carta hati ku.. Johan Shah. “eh… baby ni dah bangun ke?” sambil jejari montok aku segera menggesel di pad laptop mencari fail ‘jadual baby’… “erm.. patut la lambat bangun… kelas dia start pukul 10 pagi rupenye… biarlah dia tidur.. mungkin letih membuat assignment yang makin payah setiap semester.” Jam di handphone ku lihat lagi… memang lambat mase berlalu… semua kerja aku dah siapkan.. bosan pulak kalau tak ada kerja macam ni.. Johan ni pun kenapa la tak balas mesej aku… jam dah pukul 9.30 pagi ni… buat dek je…dari tadi aku dah buat misscall dekat 50 kali… karang mengamuk pulak… kalau orang tak gerakan bising tapi - kalau banyak sangat call pun mengamuk jugak! Macam mane ni… iskk.. JOHANNNNNNNNNNNNNN…..!

Tiada ulasan: