19 Januari 2006

:: EPISOD 2 ::


Setelah lama ku asakan hari ini berlalu… kad kuning ku punch jam 5.25 petang. Huh... lega! Mak masuk ke dalam perut kancil kuning yang setia bersama aku dari zaman sekolah lagi... macam biasa pasti perut mak dah membunyikan segala genra muzik dari dangdut ke balada terus ke hip hop dan akhirnya singgah ke rock kapak. Sebaik menguak pintu kayu depan rumah.. bau daging goreng masakan abah membuatkan emak kembali tersenyum dek kerana orang tersayang memahami isi perut mak yang kosong tak berisi nasi dari tengahari. Kalau di tanya kenapa tak makan tengahari... jawapnya pasti sudah jemu dengan kari mamak dari kedai sebelah. Aku sebenarnya respek pada abah.. juga pada emak yang kasihnya utuh... walau masing-masing bukan jejaka & wanita yang punya kecantikan fizikal... harta bergunung... pangkat dan sebagainya perhiasan dunia.. tapi mereka tetap mengasihi. Masing-masing punya banyak kelemahan tapi kelemahan itu yang membuatkan mereka saling memerlukan. “Mia… makan! Abah dah siapkan makanan ni…” laung emak dari dapur memanggil aku mengheret aku kea lam realiti. Aku tau emak juga sibuk membantu abah sejak balik tadi - ade saja yang dikerjakan emak.. tapi demi menjaga hati yang tersayang… emak membantu secepat kilat. Tak cukup dengan memanggil… posmen peribadi atau dikenali dengan nama glamour ‘Mami Jarum’ mengetuk pintu bilik…


“Kak Mia…. Makan!” suara Mira satu-satunya adik yang aku ada di dunia ini kini berada di depan bilik aku. Wajah bujur sireh itu persis artis muda remaja Fiza... bisik aku dalam hati. Kalau terucap pasti akan ada orang mengatakan aku memuji adik sendiri. Mira cantik, tak seperti aku... tubuh gempal dalam cermin itu milik aku. Pipi tembam... besarnya peha dan betis... sudah pelbagai cara aku cuba tetapi sering menemui jalan buntu. Aku kurang disiplin, itu aku tahu. Untuk hadiah hari lahir aku yang akan datang aku meminta alat senaman. Malas lah makan, sudah lah gemuk begini tak kan nak tambah lagi. Pintu ku kuak. “Mira, korang makan lah dulu. Kak Mia ada kerja sikit. Kalau Kak Mia lapar, akak cari sendiri. OK?” Walaupun hanya alasan kosong aku berharap mereka tak perasan yang sebenarnya aku mahu mengelak ke meja makan. Laptop aku menjerit-jeritkan lagu ‘Suratan atau kebetulan’ yang diberikan nafas baru oleh kumpulan Premelodic. Screen server laptop menayangkan semua gambar koleksi aku. Gambar Johan ku lihat - Masa kami rombongan kat Phuket Island sebelum ombak Tsunami meranapkan segala yang ciptaan Tuhan yang terindah.


(bersambung…)

Tiada ulasan: