22 Mac 2006

ALL THE BEST TO PNG...

Hari ni aku cuti 'MC'... sakit badan.. sakit fikiran... aku lepak kat umah...mule ingat nak tulis about IMPIAN... nampak nyer kene tangguhkan.. by the way sume bahan dah cukup,alih-alih terase nak tulis plak pasal movie yang minggu lepas aku gi tengok...mule tak nak gi tapi adik ngah cuti sekolah n boring giler duk umah..dia nak tengok Kak Erra.. aku pun bawak laa.. peminat Erra.. sume cite lakonan Erra sure aku dapat tengok free..pasal dia ajak.. aku dpt la tengok... best jugak..view cantik - aku bagi 4 bintang...jalan cerita ok, lain dari yang lain - 3 bintang...pelakon best - 5 bintang..keseluruhan aku bagi 4 bintang! ALL THE BEST TO PNG...
Posted by Picasa

http://www.pngmovie.com

Posted by Picasakalau korang nak tau mengenai Persona Non Grata lebih lanjut... surf website kat atas tu ok?!

Movie ::PERSONA NON GRATA::

Posted by Picasa
Kisah cinta di antara seorang gadis yang berusaha untuk mengingati semalamnya dan seorang pemuda yang berusaha melupakan masa silamnya.

Hey dan Ben bertemu di dalam suasana yang paling tidak romantik di Kotaraya Bangkok dan Hey langsung tidak dapat mengingati detik tersebut serta segala-gala tentang dirinya sebelum saat Ben kejutkannya.

Hey bangkit di dalam sebuah hidup baru bertemankan Ben, lelaki yang paling tidak romantik yang hidupnya bergelumang denga seribu rahsia dan kemurungan.

Apabila Edward muncul di hadapan rumah Ben barulah Hey dapat melihat jalan yang dapat membantunya keluar daripada kegelapan yang menyelubunginya. Namun peluang yang muncul dihadapan Hey tiba-tiba disambut dengan kegelisahan oleh Ben.

Kegelisahan yang akhirnya memaksa Ben membongkar perasaanya terhadap Hey. Lalu berputiklah cinta di antara mereka. Ben membuat keputusan untuk memilih jalan hidup yang baru demi kerana perasaannya terhadap Hey. Malangnya ini mengundang petaka buatnya. Sedang Ben cuba membantu Hey, tiba-tiba dia mula mengingati beberapa insiden yang menemukan dia dan Ben. Insiden yang akhirnya mendesak Hey memisahkan dirinya dari Ben.

Edward muncul semula dan kali ini bersama A�em yang mengakui mengenali Hey. Dengan bantuan A�em, Hey akhirnya menemui kembali kehidupan lampaunya. Kehidupan lampau yang akhirnya menyedarkannya bahawa satu waktu dulu, dia pernah lari dari kehidupan tersebut. Penemuan yang memaksa dia lari sekali lagi ke Bangkok.
 Posted by Picasa
Hans kat Ratchaprasung... org ensem pakai rambut mcm guni pun ensem... huhuuu.. Posted by Picasa

JANJI TIDAK TERMETERAI


Dia telah berjanji. Panggilannya aku nanti. Hingga aku terlelap dan bermimpi tentang dia. Panggilannya hanyalah janji tidak termeterai. Aku tersedar ketika waktu melewati angka tiga puluh minit dari masa yang dijanjikan. Detik itu sms daripadanya datang. Maaf katanya. Aku bangkit mendengus. Perancangan cukup rapi, tapi Dialah yang Maha Mengetahui.


Aku ambil wuduk dan solat isyak, sebelum menyambung mimpi.
Biarlah pertemuan itu hanya dalam mimpi.
Noktah!

Rudy Bluehikari

21 Mac 2006

gambar ni aku amek dari 1 of my blog fren.. n aku dedicate buat 1 of my fren yang tengah berjuang untuk masa depannya.. ternyata disebalik gagah seorang lelaki mereka juga punya hati yang mudah tersentuh... Posted by Picasa

Semalam Hujan Jadi Saksi...


Setiap pagi...setiap petang...hujan pasti mengguyur membasahkan bumi.Dari tingkap sambil menaip entry nie, aku melihat titik-titik hujan yang menekap pada cermin tingkap kemudian perlahan-lahan menyusur turun...mengalir membentuk jaluran panjang.Daripada kekaburan cermin tingkap, nampak jelas lautan yang tengah bergelora.

Aku memang sukakan hujan.Sejak dulu... sejak kecik...tak pernah berubah.Tapi aku takutkan petir.Seringnya hujan yang lebat pasti membawa bersamanya petir dan kilat yang berdentum dentam.Bunyi dan cahayanya memang menakutkan.Aku tak pasti sampai bila sifat penakut itu akan hilang....-

Bila orang gelak dan memperlekeh bila aku cakap aku takutkan petir....tertanya juga aku, apakah dorang terlalu sempurna sehingga tiada satupun kekurangan....apakah takutkan petir itu menjadi satu kesalahan yang berat....AKU juga manusia.Kalau dah takut buat apa nak menafikan~ setiap orang juga ada kelemahan diri kan?!

Dulu masa kecik aku suka main hujan kat laman rumah nenek, tak pun main kat belakang rumah.Sebab kat belakang rumah ada pancuran air hujan yang besar.Terbentuk dari atap zink yang menakung air dan mengalirkan air yang besar.Kitorang sepupu-se akan berkumpul kat bawah air tue sambil berebut-rebut.Bila dah main hujan memang tak ingat dunia.Sampai bibir jadi pucat.Sampai jari jadi kecut.Sampai menggigil bila gigi bawah berlaga dengan gigi atas.Seronoknya, hanya Tuhan jer yang tahu.

Sebab tue bila aku sensorang kat sini...sensorang bila tengok setiap titik-titik hujan yang turun membasah bumi.....aku jadi rindu nak balik kampung.Bukan rindu nak main hujan.....tapi aku rindu pada keadaan itu.

Balik keje semalam, aku amik kesempatan main hujan menuju ke paking kate .Bukan tak boleh tunggu hingga hujan berhenti....tapi hujan punya banyak nostalgianya buat aku.Setiap titis yang menitik ke muka....seberapa banyak titiknya yang mencucuk kekulit membawa satu keseronokkan yang tak dapat untuk dijelaskan dengan kata-kata.
Hujan suatu ketika dulu juga pernah menjadi pelindung pada air mata yang mengalir...ia mengalir dan bercampur bersama air hujan yang mengalir dimuka lalu ia berjaya menafikan kenyataan itu.


Hujan kat luar sana juga umpama simbolik kepada hujan hati yang sering mengguyur turun.Sesekali lebat...sesekali renyai.Tapi sebab turunnya hanya dalam hati.....takder siapa tahu.Kalau hujan kat luar....alirannya terus mengalir hingga menuju muara.Tapi hujan hati....dengan tempat yang terhad ia seringkali menyebabkannya bertakung dan akhirnya banjir.....jika tidak dikawal ada yang bisa karam ataupun hanyut oleh keadaan.

Aku sedih?

Takderlah......tapi ntah kenapa rasa sayu jer perasaan nie.Mungkin sebab dah dekat dua bulan tak jumpe dia. Aku tak kisah kalo orang nak cakap "lehhh!! 2 bulan ker? ingatkan dua tahun....-" .Dua minggu pun terasa lambat waktu berjalan....lalu bagaimana untuk aku tunggu dengan tempoh yang amat panjang.Aku, akulah~ aku bukan orang lain.
Kondisi kehidupan adakalanya ada diluar kewarasan kita~

Tadik malem gwe lagi ngobrol ama seseorang di hape,kayak udah lama nggak ngobrol segitu.Sejak gwe lagik udah nyadar sendiri, gwe memang mutusin untuk jadik cewek yang kuat.Gwe nggak bakalan ngerasa apa-apa.Tapi bila tiba pada satu perbualan itu, gwe ngerasa apa sesuatu yang mencalari ati gwe.


Selesai perbualan....gwe bangun perlahan, gwe teringat akan kata-kata di hape itu yang terlekat terus dalam ingatan gwe.Dalam ati, gwe bicara sendiri....

Selama ini aku diam, mungkin kerana itu orang tak pernah nak tau apa yang aku rasa, sebab aku tak suka buatkan orang berada dalam perasaan serba salah...kerana aku tahu bagaimana sukarnya berada dalam perasaan sebegitu.Tapi bila ada orang cakap taknak aku buat sesuatu 'itu' kerana takut akan sesuatu itu bakal memberi luka pada orang lain....aku terfikir sendiri...- mungkin orang itu tak tahu betapa banyak luka yang telah dia tinggalkan untuk aku.Betapa saat-saat lalu siang malam aku menahan sakit yang tak terluah....- tapi kerana aku dah biasa simpan semuanya dalam hati... aku telan juga.Sekarang nie aku dah okey....tapi...sesekali aku tertanya juga dalam diri...kalau dari dulu sedar akan jalan yang sedang aku lalui itu salah....kenapa biarkan aku terus tersesat tanpa menunjukkan arah yang betul.Kenapa tidak menarik aku keluar, supaya aku juga bisa gembira sama seperti kalian yang sedang merasai gembira sekarang.Dosa apakah yang aku lakukan hingga dihukum begini?!

Semalam, hujan juga jadik saksi betapa air yang keluar dari mata ini bersatu bersama air langit yang menitik dipipi.Dalam kebasahan....aku sedar betapa kelamnya jalan yang sedang aku lalui saat ini~

16 Februari 2006

Aryan - di hari pertunangan

my cousin nye cousin - aryan dah tunang..pakcik atan tanye abah..kak long (i la tu..) bile lagi??abah i dengan confident menjawaptengah tunggu bakal menantu abis belajar.i bukan tak nak jadi macam ukawan ramai.. laki pompuantapi i ni dah di didik menjadi manusia setiai kawan tapi ada had jugak.i tau dulu i socialtapi mase tu i singelso i tak risau ape2ni soalnya i tak boleh buat macam tu..parents i tak sukei kawan dengan u..boys lain i kawan biase2 jer.setakat ni i selalu terselamat dari bertindak cureng...alhamdulillah!yang pasti Jerry Shahnizal tetap dihati..

15 Februari 2006

wajah cover bile banyak sgt camera tangkap gambo dia! maintain manchooo.. mementang la ensem ( dari yang tak ensem kire ensem la) Posted by Picasa
itu dia wajah pengantin lelaki.. Posted by Picasa
fruit basket... nyam.. nyam... Posted by Picasa
eceh... buat-buat pening plak dengar wang hantaran... dari tadi duk bersms je.. risau pinangan di tolak! kahkahkah.. yan... yan.. Posted by Picasa
i love so much this choclate bouquet.. new inspiration! Posted by Picasa
kek lapis ni confirm oder dari kl lagi tau...  Posted by Picasa
pulut & rendang buat santapan rombongan pengantin lelaki Posted by Picasa

06 Februari 2006

Lirik Lagu Dia Milikku - Khadeeja


memang benar akulah cinta hatinya
tiada guna kau menafikan segala
simpan saja mimpi mu untuk bersama
berundurlah dari nanti kau kecewa
maafkan diriku oh andai engkau terasa
ikhlas ku katakan niat ku yang suci
tidak perlu untuk kau merayu lagi
sememangnya banyak cinta yang menanti
dan andainya kau masih berkeras hati
jangan harap untuk ku mengalah pergi

chorus:
memang benar ku katakan
dia milikku
biarpun kau mengganggu dia setia padaku
sudah jangan kau mencoba untuk memiliki
kerna dia tak semudah kau sangka
bukan sudah ku katakan
dia milikku
biar apa di kata dia tetap kan ku cinta
memang sukar di percaya harus kau terima
kerna hanya diriku berhak di atas cintanya

brigde:
bukannya maksudku
terlanjur bicara
maafkan diriku
andai kau terasa
ikhlas ku katakan
niat ku yang suci
untuk pertahankan
percintaan ini
to my baby Jay

01 Februari 2006

DALAM HATI MASIH ADA CINTA


kesilapan itu satu pembelajaran... saya masih sayangkan awak... saya tau awak jugak.. saya tak nak awak ulangi lagi kesilapan itu.. jangan risau, dalam hati saya tetap ada awak... jerry shahnizal.. cuma awak! terima kasih atas segala kebahagiaan yang awak berikan..

nana sangat-sangat menghargai pengorbanan sayang!

AKU TAK SEMUDAH DIA!!!!!!!!!!!!!!!

awak... sebarang kemungkinan akan terjadi bila-bila masa. saya tau awak tak suka kalau saya cemburu... kalau saya mengongkong idup awak.. tapi apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin menyedarkan awak.. saya tak nak awak diperangkap dan memerangkapkan diri awak sendiri.. kalau setiap gelak laku saya salah di mata awak, saya sedia memohon ampun dan maaf dari diri awak mahupun sesiapa sahaja. kenali dulu siapa dia.. kerana mungkin saya lebih mengenali dia. saya tak nak awak diperangkap... jangka masa sesebuah hubungan tak boleh jadi kayu ukur niat sebenar manusia. menyerah diri & maruah dengan terlalu mudah terhadap kaum adam! saya bukan cakap kosong! bukan bersikap 'membabi buta' TAPI saya punya bukti kukuh. saya sedia kemukakan bukti itu. saya ada saksi... cuma ibarat touch & go... mudah kan? murah kan? saya jugak bukan sebaik khadijah a.s... tak sesuci aisyah a.s... tapi jugak tak semurah dia! Posted by Picasa

Aduhai...

bait-bait ayat itu aku tinggalkan biar lah berkubur... andai memang itu pilihan dia.. aku tak mahu lagi mengharap kasih pada yang tak sudi... pada yang tak pernah cuba mendekati hati akal ku!!! Posted by Picasa