22 Mac 2006

Kisah cinta di antara seorang gadis yang berusaha untuk mengingati semalamnya dan seorang pemuda yang berusaha melupakan masa silamnya.

Hey dan Ben bertemu di dalam suasana yang paling tidak romantik di Kotaraya Bangkok dan Hey langsung tidak dapat mengingati detik tersebut serta segala-gala tentang dirinya sebelum saat Ben kejutkannya.

Hey bangkit di dalam sebuah hidup baru bertemankan Ben, lelaki yang paling tidak romantik yang hidupnya bergelumang denga seribu rahsia dan kemurungan.

Apabila Edward muncul di hadapan rumah Ben barulah Hey dapat melihat jalan yang dapat membantunya keluar daripada kegelapan yang menyelubunginya. Namun peluang yang muncul dihadapan Hey tiba-tiba disambut dengan kegelisahan oleh Ben.

Kegelisahan yang akhirnya memaksa Ben membongkar perasaanya terhadap Hey. Lalu berputiklah cinta di antara mereka. Ben membuat keputusan untuk memilih jalan hidup yang baru demi kerana perasaannya terhadap Hey. Malangnya ini mengundang petaka buatnya. Sedang Ben cuba membantu Hey, tiba-tiba dia mula mengingati beberapa insiden yang menemukan dia dan Ben. Insiden yang akhirnya mendesak Hey memisahkan dirinya dari Ben.

Edward muncul semula dan kali ini bersama A�em yang mengakui mengenali Hey. Dengan bantuan A�em, Hey akhirnya menemui kembali kehidupan lampaunya. Kehidupan lampau yang akhirnya menyedarkannya bahawa satu waktu dulu, dia pernah lari dari kehidupan tersebut. Penemuan yang memaksa dia lari sekali lagi ke Bangkok.
 Posted by Picasa

Tiada ulasan: