Selamat datang kepada semua pelawat blog..Sebenarnya saya manusia kasar yang tak tahu apa itu seni.. tapi saya suka berseni.. menulis.. melukis… belajar muzik… namun di daerah ini saya menulis sekadar melepaskan perasaan.. kerana di sini saya bebas untuk meluahkan segalanya mengenai masalah hidup tak pernah surut.. seperti juga kasih sayang saya yang tak pernah surut dalam hati ini pada dia.. pengkisahan cinta antara saya dan dia juga bermula dari dunia siber ini..
15 April 2005
Abang sayang... sarat benar rindu ini. tak mampu lagi ku tahan.. berpasir di mata akan pasti jatuh ke pipi.. kekasih ku aku tahu pergi mu menunaikan ibadah, cuma doa yang mampu aku kirimkan.. hanya gambar mu mampu ku lihat & aku hanya mampu bertemu engkau di dalam mimpi... kekasih ku sampaikan lah salam khabar mu di sana.. sesaat engkau tiada di sisi aku rasakan bagai terhenti nafas ini. segalanya bagaikan tak bererti ... entah ke berapa kali air mata ini berjujuran.. menangisi ketiadaan engkau di sisi.. kekasih ku... pulanglah segera... tak tahan rasa nya menanggung rindu.. tak dapat aku bayangkan bagaimana hidup ku tanpa mu... tak akan ada insan lain yang dapat memiliki hatiku yang dapat mengisi kekosongan hati ku ini sayang... Jerry Shahnizal Ab. Aziz hidup mati cinta kita bersama...
nana
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan