Selamat datang kepada semua pelawat blog..Sebenarnya saya manusia kasar yang tak tahu apa itu seni.. tapi saya suka berseni.. menulis.. melukis… belajar muzik… namun di daerah ini saya menulis sekadar melepaskan perasaan.. kerana di sini saya bebas untuk meluahkan segalanya mengenai masalah hidup tak pernah surut.. seperti juga kasih sayang saya yang tak pernah surut dalam hati ini pada dia.. pengkisahan cinta antara saya dan dia juga bermula dari dunia siber ini..
19 April 2005
Kejora Ku Bersatu
Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu
Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia
Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu
jerry jay
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan