Selamat datang kepada semua pelawat blog..Sebenarnya saya manusia kasar yang tak tahu apa itu seni.. tapi saya suka berseni.. menulis.. melukis… belajar muzik… namun di daerah ini saya menulis sekadar melepaskan perasaan.. kerana di sini saya bebas untuk meluahkan segalanya mengenai masalah hidup tak pernah surut.. seperti juga kasih sayang saya yang tak pernah surut dalam hati ini pada dia.. pengkisahan cinta antara saya dan dia juga bermula dari dunia siber ini..
23 April 2005
Aku bangun dari tido
Aku baru bangun dari tido. Mengantuk! Mungkin itu alasan.. Lega setelah bangun dari tdo.. Bangun dari segala kelemahan yang pernah melanda tadi. Kan aku dah cakap aku pun manusia biasa yang tau penat.. yang tau letih.. yang tau erti pedih..dan perit! Bila semua itu bergabung menjadi satu cuma satu ubatnya sabar. Sejak aku melangkah ke alam awal dewasa ni aku banyak belajar erti kesabaran dan baik nya bila kita dapat bersabar.. Sabar dalam mencintai seseorang - sabar melayani kerenah seseorang - sabar itu baguss!! Patut lah sabar itu sebahagian daripada iman..! Tapi kalau u all nak tau dulu aku ni manusia yang degil. Nak orang ikut ape yang aku cakap.. Mase berlalu aku dah tak macam dulu banyak mende yang aku kene ikut (nak atau tak aku kene jugak). Aku sulamkan dengan kesabaran agar apa yang aku lakukan punyai keikhlasan & yang paling penting aku buat kerana Allah.. Aku tak nak buat sesuatu yang akan merugikan aku sendiri. Aku penat.. Tapi ape pun aku tak dapat.. Bile aku sabar aku harap aku dapat kredit DI SANA nanti.
nana
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan