25 Jun 2005

Aku Menangis Lagi...

Posted by Hello


hari ni 24 haribulan.. malam ni sarat sangat rindu aku pada dia.. tak tertahan rasanya.. aku ke bilik depan.. ku rebahkan badan ke katil yang selalu dia gunakan bila dia di sini.. sudah 2-3 hari aku tak dapat menghubungi dia.. ku sarungkan baju sejuk Brastagi yang dia 'gunakan' hari tu buat memecah kesejukan malam ini.. biar terlerai rindu ini.. biarlah aku lestari.. kerana aku bimbang aku tak dapat mengawal hati.. air mata terus mengalir.. ini cuma terpisah sebentar.. pedihnya sudah sebegini sarat.. bagaimana jika dia tinggalkan aku seorang diri di bumi ini?? tak sanggup aku mentelah.. tak sanggup aku bayangkan.. biar lah aku yang pergi dulu.. biar aku tinggalkan dia kerana aku tahu dia kuat untuk menempuh semua ini. aku cuma ingin membahagiakan dia.. kerana cuma bersama dia aku akan bahagia..cinta aku pada dia lebih dari nyawaku sendiri.. jika aku punya magic akan ku terbang pada dia.. memeluk dia semahu aku..tak kan aku rela terpisah begini.. aku menangis lagi.. biarkan reda hati ini.. kerana aku tak mampu membohong hati.. ku harap esok aku lebih kuat membawa cintaku biar dekat dengan hatinya.. JERRY SHAHNIZAL B. AB.AZIZ aku tak tahu mengapa sedalam ini kasihku padamu! ku mohon pada MU YANG ESA berilah kebahagiaan yang berkekalan buat kami berdua.. belum puas aku zahirkan segala kasih dan sayang ku pada lelaki ini..

kekasihmu dunia & akhirat
~NaNa~

Tiada ulasan: