14 Jun 2005

Cintai aku seumur hidupmu... Sayang!


mungkin pada sesetengah orang aku ini terlalu rigit.. sampai tahap kalau sayang sume yang salah pada dia baik pada aku.. kadang2 bingung aku dgn diri.. mungkin aku kurang sosialisasi dengan sekeliling.. akan ku ubah itu.. tapi aku sebenarnya malu.. dengan keadaan & rupa paras aku ini.. kesetiaan aku dan rasa ambil berat aku sering dianggap bodoh..dan mengkongkong.. sedangkan itu adalah kekuatan aku yang terbesar dalam diriku.. aku sering memohon dan terus berdoa padaNya agar aku ditemukan dengan seseorang yang dapat menerima cinta dan tak akan bosan dicintaiku.. aku tak pernah merayu agar dicintai.. cuma aku rasa perlu ada satu deklarasi jika menginginkan sesuatu.. mungkin aku bukan pemain cinta yang baik.. kerna tak mudah berubah ke hati yang lain.. kerana cinta itu sangat agung pada ku.. cinta aku pada makhluk bernama manusia akan tetap dalam hati ku selagi kurasakan dia tidak membuat cela pada hatiku.. namun andai hati ini telah hitam dipijak dan ditikam.. tak akan ada cinta buat manusia sebegitu lagi. agungnya cintaku akan aku buktikan.

sekelumit harta tidak pernah ku pandang..
sekilas wajah yang tampan tak pernah ku impi..
setangga darjat tak pernah ingin aku naiki..
namun keimanan dia yang menjadikan aku terpana..
juga cinta sejati dia yang setia mencintai aku seumur hidupnya..

ku tahu akulah manusia yang punya banyak kelemahan..
namun akan cuba ku atasi segala kelemahan kerana aku cuma mahukan dia mendapat semua yang baik dariku..

Tiada ulasan: