25 Mac 2006

Tadek bende senang dalam idup ni...

Hari ni adalah hari yang paling menguji ketabahan aku sebagai sorang manusia.. manusia yang perlu bekerja.. manusia yang dah tak larat menerima bantuan orang lain..aku malu... aku sepatutnya dah boleh membantu atau setidak-tidaknya tidak menerima bantuan mak abah..dan sepatutnya menjadi manusia berdiri di atas kaki sendiri.. selama 6 tahun aku belajar... ini lah masanya aku membalas segala kebahagiaan yang mereka berikan..kesudahan belajar ialah bekerja... walaupun aku tahu sekalipun aku menghambakan diri seumur hidup pada mak abah.. tak kan terbalas pengorbanan mereka selama ni..tapi dengan apa yang aku usahakan ini akan membuatkan mereka bangga.. sekurang-kurangnya aku boleh berdikari..boleh berusaha dengan tenaga dan kekuatan diri walau tak sekuat & seberani mana sebenarnya..

dulu masa spm aku belajar main-main & ingatkan kalau blajar kat kolej senang, setelah bersusah payah membawa diri lari dari segala kemewahan.. aku dapat masuk kolej..bile dapat masuk kolej ingatkan kalau belajar kat u senang tapi aku lupe, tetap main-main.. usaha punye usaha akhirnya aku dapat masuk udah sampai kat u ingatkan blajar kat u senang... cakap dalam hati 'tak pe kalu keje nanti sure senang idup aku'

dan sekarang dah 55 resume aku hantar... susah upenyer carik keje..aku dah tak nak main-main... aku harap aku dapat keje & aku tak nak menggadai idup aku lagi... lepas ni aku akan jadi isteri... & ibu pada baby aku..aku kene rancang kehidupan aku seterusnya bersama seseorang masih belum pasti siapa... bukan main redah je macam dulu..cukuplah kelalaian selama ini... aku anggap diri aku belum matang waktu tu.. doakan rancangan hidup aku bersama kasih di redhai Ilahi.. kerana hanya DIA yang akan mengizinkan segala-galanya!
~Ya Allah berikan aku kekuatan dalam menempuhi segala dugaan ini...~

Tiada ulasan: