(Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi)
Dalam hadis ini, Nabi Muhammad s.a.w. memberi peringatan kepada umat Muslim bahawa yang dimaksudkan dengan muflis yang sebenar-benarnya ialah mereka yang bankrap di akhirat nanti. Segala kebaikan dan pahalanya habis dirampas dan diberi kepada orang lain yang pernah dizaliminya di dunia ini. Kalau tidak cukup pahalanya juga, maka kejahatan orang yang dicerca itu pula ditimbunkan ke atasnya. Kemudian dia dilontarkan ke dalam neraka. Hendaklah seseorang itu menyelesaikan segala persoalan dengan orang lain sebelum terlambat. Jangan sampai bankrap di akhirat nanti.
Hendaklah seseorang itu menyelesaikan segala persoalan atau masalah sesama mereka (manusia) agar kesalahan mencerca itu diampuni oleh orang yang pernah dicerca sebelum terlambat atau jangan sampai dia bankrap akibat perbuatan buruk yang tidak disedarinya itu walaupun dia bersembahyang, berpuasa dan berzakat.


















